Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju melantik enam jurulatih baharu seperti dimohon Olahraga Malaysia (MA) bagi memperkasakan persiapan menghadapi beberapa kejohanan penting termasuk Sukan SEA 2025 di Thailand pada hujung tahun ini. Foto Majlis Sukan Negara (Facebook)

MSN tunai hasrat MA lantik enam jurulatih baharu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 April: Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju melantik enam jurulatih baharu seperti dimohon Olahraga Malaysia (MA) bagi memperkasakan persiapan menghadapi beberapa kejohanan penting termasuk Sukan SEA 2025 di Thailand pada hujung tahun ini.

Perkara itu dipersetujui semasa pertemuan antara Ketua Pengarah MSN Jefri Ngadirin bersama delegasi MA diketuai Presidennya Datuk Seri Dr Shahidan Kassim di sini.

Enam jurulatih baharu itu terdiri daripada tiga kepakaran dari luar negara manakala tiga lagi adalah tenaga tempatan merangkumi aspek kejurulatihan bagi disiplin pecut, lontaran dan lompatan.

“Saya telah bertemu Presiden MA, Datuk Seri Shahidan dan kami telah bersetuju dengan pelantikan enam jurulatih berkenaan selari dengan perancangan dikemukakan MA kepada MSN.

“Butiran dan pengumuman senarai nama jurulatih akan dilakukan pihak MA kelak,” kata Jefri dalam kenyataan hari ini.

Selasa lepas, pelantikan barisan kejurulatihan baharu skuad olahraga negara dimaklumkan berada dalam fasa akhir oleh Pengurus Besar MA Nurhayati Karim yang berkata pihaknya menunggu lampu hijau daripada MSN selepas menghantar senarai nama jurulatih kepada badan induk itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan