Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia, Filipina perkukuh kerjasama Maritim serantau. Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Malaysia, Filipina perkukuh kerjasama Maritim serantau

ByCheryl Syahmina Toh

PUTRAJAYA, 10 April: Malaysia dan Filipina memperkukuh sinergi maritim serantau menerusi satu pertemuan khas sempena lawatan sulung kapal peronda BRP Gabriela Silang milik Pengawal Pantai Filipina (PCG) ke Malaysia.

Pertemuan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim bersama Rear Admiral Hostillo Arturo E. Cornelio dari PCG, membincangkan kerjasama penguatkuasaan undang-undang, kesiapsiagaan kecemasan dan pembangunan modal insan, khususnya di Laut Sulu dan Laut Celebes.

Menurutnya, perbincangan itu berjaya mencapai beberapa kesepakatan penting untuk memperkukuh diplomasi maritim dua hala.

“Kerjasama serantau yang mantap adalah kunci untuk menangani pelbagai cabaran maritim, terutamanya isu pemerdagangan manusia, penyeludupan dan ancaman keselamatan bukan konvensional”, katanya.

Selain sesi pertemuan, delegasi PCG turut mengadakan latihan Table Top Exercise (TTX) di atas kapal Gabriela Silang bersama Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) dari kedua-dua negara, serta mengunjungi Stesen Udara Maritim Subang.

Lawatan kapal yang bermula 8 April lalu ini menjadi simbolik kepada komitmen kedua-dua negara dalam menjaga keselamatan dan kestabilan perairan serantau.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan