Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bukan mudah. Kerja-kerja menyalai ikan lumek memerlukan kesabaran tinggi kerana memakan masa yang lama untuk masak. Foto Saibi Gi (TVS)

Lumek salai, rezeki nelayan Pulau Bruit

BySaibi Gi

SIAPA sangka, ikan lumek yang dulu kurang dikenali, kini jadi buruan ramai selepas disalai!

Di Pulau Bruit, khususnya di Kampung Penipah, Daro, ikan lumek salai memang jadi kegemaran dan sentiasa mendapat tempahan.

Menurut Jamaludin Median, 46, salah seorang nelayan dan pengusaha ikan lumek salai di kampung itu, proses menyalai ikan ini bukan kerja mudah.

“Nak dapat hasil yang sedap, ikan lumek perlu disalai semalaman dengan penjagaan api yang rapi, tak boleh terlalu kuat, tak boleh terlalu perlahan.

“Kalau tak jaga betul-betul, hanguslah jawabnya,” katanya ketika ditemui TVS, baru-baru ini.

Lumek salai yang sudah sedia untuk dimakan begitu sahaja atau dimasak sup dengan terung asam. Foto Saibi Gi (TVS)

“Musim ikan lumek selalunya banyak waktu bulan Mac hingga Mei. Masa tu memang sibuk, banyak tempahan masuk,” kata Jamal lagi.

Harga bagi sekilogram ikan lumek salai pula sekitar RM70 hingga RM80 – berbaloi dengan usaha dan masa yang diambil.

Tambahan pula, rasanya yang unik, memang buat orang ketagih nak makan lagi.

Dengan permintaan yang semakin meningkat, ikan lumek salai bukan saja jadi salah satu sumber rezeki bagi nelayan tempatan, tapi juga satu produk istimewa dari Pulau Bruit yang patut dibanggakan.

Lumek salai bukan setakat boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng dengan bawang, tetapi juga popular dimasak sup terung asam lumek salai.

Sekarang, makin ramai yang kreatif dalam menjadikannya sebagai snek – lumek salai merah – ala-ala sotong merah.

Dengan kepelbagaian resepi dan cita rasa, lumek salai bukan lagi sekadar hasil laut biasa, tapi satu identiti makanan tempatan yang wajar diketengahkan lebih luas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan