Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tiga dari kiri) merupakan antara tetamu kenamaan yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri AFFIN di ibu negara, hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Lebih 4,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Aidilfitri AFFIN

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR,10 April: Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Kumpulan AFFIN di ibu pejabatnya di Menara AFFIN, Tun Razak Exchange (TRX) dekat sini, hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu pelbagai bangsa dan agama.

Acara yang bermula pada pukul 11 pagi menyaksikan kehadiran lebih 4,000 pengunjung yang rata-ratanya terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, rakan kongsi, pihak berkepentingan dan pelanggan Kumpulan AFFIN.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang disambut oleh Pengerusi Affin Bank, Datuk Agil Natt dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera (PAT), Datuk Mohd Nizam Jaffar dan Ketua Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Majlis itu yang berlangsung sehingga jam 8 malam turut menyaksikan pengunjung dihiburkan dengan persembahan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyanyikan beberapa buah lagu popularnya.

Majlis anjuran tahunan syarikat itu menyaksikan lebih 50 buah gerai makanan menawarkan pelbagai juadah tradisional masyarakat Melayu kepada tetamu yang hadir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan