Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bercakap kepada media ketika Lawatan Projek Menaik Taraf Gerai dan Tandas di Pasar Awam Tapah Road hari ini. Foto Bernama

KPKT laksana tiga fasa pemulihan kawasan terjejas tragedi Putra Heights – Nga

ByBernama

TAPAH, 10 April: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan tiga fasa utama bagi memulihkan kawasan yang terjejas akibat kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada 1 April lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kawasan tersebut kini telah memasuki fasa pemulihan selepas beliau mengadakan lawatan ke tapak kejadian semalam.

Dalam sidang media selepas Program Sentuhan Kasih KPKT 3.0 di Pasar Awam Tapah Road, dekat sini hari ini, beliau menjelaskan KPKT telah menubuhkan pasukan petugas khas pada hari kejadian untuk memulakan usaha pemulihan.

“Fasa pertama, kerja penyelamatan telah selesai. Fasa kedua, kerja pemulihan akan dilaksanakan pada hujung minggu ini, di mana lebih 2,000 orang daripada SWCorp, JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia), PBT (pihak berkuasa tempatan) dan pasukan Selangor akan turun untuk kerja-kerja pembersihan pada hari Sabtu dan Ahad,” katanya.

Beliau berkata fasa terakhir merupakan peringkat yang paling sukar iaitu pembinaan kerana terdapat 219 rumah yang terjejas dengan 81 daripadanya musnah sepenuhnya dan memerlukan pembaikan segera.

“Pelan tindakan bagi pembinaan semula telah saya serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam melalui nota khas kepada jemaah menteri. Saya berharap kerja pembinaan dapat dimulakan secepat mungkin selepas perbincangan dengan Menteri Besar Selangor dan Petronas,” jkatanya.

Nga menambah keputusan mengenai pembinaan semula kawasan tersebut akan diumumkan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI sangat prihatin terhadap pemulihan kawasan yang terjejas dan komited untuk membina semula kawasan itu dengan sebaik mungkin.

KPKT sebelum ini memaklumkan pelan tindakan bagi membaik pulih dan membina semula rumah-rumah yang terjejas telah disediakan oleh pasukan Petugas Khas dan telah diserahkan kepada Perdana Menteri pada Rabu.

Pemulihan dan pembinaan semula akan digerakkan sebaik sahaja pelan tersebut diluluskan.

Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 8.10 pagi itu menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan memakan masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan