Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KKM buat laporan polis komen tidak benar kematian insiden letupan paip gas . Foto Facebook Anwar Ibrahim.

KKM lapor polis komen tidak benar berlaku kematian insiden letupan paip gas

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 10 April: Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat laporan polis terhadap beberapa komen tidak benar yang tular di media sosial mengenai berlaku kematian terkait insiden letupan paip gas di Putra Heights.

KKM menegaskan tiada sebarang laporan kematian diterima daripada mana-mana fasiliti kesihatan awam atau swasta melibatkan kejadian tersebut.

Menurut KKM, isu itu juga telah dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan komen-komen tidak benar sehingga menimbulkan kegusaran awam akan diambil tindakan keras mengikut lunas undang-undang,” kata kementerian menerusi kenyataan media hari ini.

KKM juga memberi jaminan akan terus memberikan rawatan kesihatan dan sokongan berterusan kepada mangsa-mangsa insiden itu.

“Ini juga termasuk perkhidmatan untuk kesihatan mental yang amat penting untuk membolehkan keluarga yang terkesan boleh meneruskan kehidupan seharian secara normal secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, KKM berkata seramai 150 mangsa telah dirawat di seluruh fasiliti kesihatan dengan 127 mangsa mengalami kecederaan langsung daripada insiden seperti luka kebakaran atau kecederaan fizikal lain.

“Seramai 18 mangsa pula mengami kecederaan tidak langsung seperti serangan kebimbangan, serangan panik dan serangan tekanan darah tinggi, manakala lima orang tidak menerima rawatan lanjut.

“Hospital Putrajaya (HPj) telah menerima 19 orang pesakit iaitu 14 dirawat sebagai pesakit luar dan lima orang dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut,” menurut kenyataan.

Jelas KKM, HPj juga menerima lapan pesakit dirujuk daripada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang manakala Hospital Kuala Lumpur (HKL) pula telah menerima tiga pesakit rujukan daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

“Pesakit-pesakit ini akan meneruskan rawatan berdasarkan kondisi dan tahap kecederaan yang dialami dengan sokongan daripada Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Jabatan Perubatan, Jabatan Dietetik dan Sajian, serta Jabatan Psikiatri di hospital masing-masing,” menurut kenyataan. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan