Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Bomba dan Penyelamat bertindak memadam kebakaran sebuah kereta di Jalan Kuching-Samarahan Expressway malam Rabu. Foto JBPM 

Kereta terbakar, tiga cedera ringan kemalangan di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 10 April: Sebuah kereta terbakar dalam satu kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kuching-Samarahan Expressway malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini mengalami cedera ringan.

“Mangsa dari kenderaan yang terbakar berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum dibawa ke hospital oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Dua lagi mangsa dari sebuah lagi kereta turut dibawa ke hospital oleh pasukan EMRS,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan digerakkan ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.10 malam.

Pasukan bomba memulakan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 11:30 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan