Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adam Adli beramah mesra dengan salah seorang pelumba yang akan menyertai Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025.Foto, TVS.

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 buka tirai di Selangor

ByTVS

HULU LANGAT, 10 April: Musim terbaharu Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 menjanjikan pelbagai pembaharuan menarik sebaik tirainya dibuka secara rasmi di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Utara), hujung minggu depan.

Antara tumpuan utama musim ini adalah kategori PETRONAS Sprinta Pro Am Cup yang bakal menyaksikan penyertaan bekas pelumba kategori expert sekali gus menghidupkan semula persaingan lama dalam suasana baharu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata, penganjuran kejohanan ini menjadi medium penting dalam membangunkan potensi dan kerjaya golongan belia dalam sukan permotoran tempatan.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited untuk menjadikan sukan sebagai antara pemacu utama ke arah negara yang sejahtera, makmur dan bersatu.

“Kejohanan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix ini bukan sahaja mengangkat bakat anak muda ke persada dunia, tetapi juga menyumbang kepada pembudayaan sukan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran perlumbaan itu di Litar Kart Antarabangsa LYL, Semenyih di sini hari ini.

Tambah Adam Adli, sukan permotoran telah lama menjadi sebahagian daripada budaya sukan negara termasuk kejohanan berkenaan yang diperkenalkan sejak 1994.

“Ia kini telah berkembang menjadi satu platform profesional dan berteknologi tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri sukan serta pertumbuhan ekonomi negara.

“Selain membuka peluang kepada bakat muda, ia juga menjamin keselamatan mereka dengan menyediakan saluran rasmi dan diiktiraf, sekali gus mengurangkan kebimbangan ibu bapa terhadap penyertaan anak-anak dalam sukan ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, Ron Hogg berkata penganjuran kejohanan menjadi platform penting bagi mencipta dan membangunkan ekosistem di luar bidang sukan terutamanya dalam memastikan impak kelestarian yang konsisten.

Beliau turut memaklumkan penyertaan jentera jenama pengeluar baharu yang akan berlumba bersama-sama jenama-jenama terkenal seperti Honda dan Yamaha.

“Musim ini akan menyambut penyertaan pemain industri baharu iaitu Voge yang akan mencabar norma dengan kelebihan tersendiri,” jelasnya menerusi kenyataan.

Musim PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 dijadualkan membuka tirai di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) pada 19 April dan akan melabuhkan tirai di Johor pada 23 November. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan