Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiap tahun, dengan bermulanya musim monsun, ratusan orang mati disambar petir di India. Foto hiasan Envato

Jumlah kematian mangsa disambar petir meningkat kepada 22 orang di Bihar, India

ByBernama

NEW DELHI, 10 April: Sekurang-kurangnya 22 orang maut disambar petir di negeri Bihar, timur India, dalam tempoh 24 jam lepas, lapor media tempatan pada Khamis, menurut Xinhua.

Hujan lebat dan ribut petir yang disertai sambaran petir melanda negeri itu pada Rabu, menjejaskan beberapa daerah.

“Seramai 22 orang terbunuh selepas disambar petir di Bihar,” menurut laporan saluran berita televisyen tempatan, India TV, dalam satu laporan, memetik data rasmi.

Kematian dilaporkan dari lapan daerah.

Bagaimanapun, satu kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri Bihar (CMO) pada petang Rabu menyatakan hanya 13 orang meninggal dunia akibat disambar petir di empat daerah.

Empat daerah itu turut dilanda ribut, hujan lebat, dan hujan batu, menyebabkan kemusnahan meluas.

Ketua Menteri Bihar Nitish Kumar menzahirkan dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa dan mengumumkan bantuan kewangan untuk mereka.

“Ketua Menteri mengumumkan pembayaran ex gratia sebanyak INR 400,000 (US$4,649) kepada waris terdekat mangsa,” kata seorang jurucakap kerajaan.

Kumar juga menggesa orang ramai untuk terus berwaspada dalam cuaca buruk dan mengikuti saranan yang dikeluarkan oleh jabatan pengurusan bencana.

Laporan mengatakan mangsa berada di ladang ketika petir menyambar mereka.

Setiap tahun, dengan bermulanya musim monsun, ratusan orang mati disambar petir di India. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan