Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan yang meragut dua nyawa di Jalan Tun Jugah, Kuching, tengah malam Rabu. Foto IPD Kuching

Dua maut dalam kemalangan babitkan empat kereta di Kuching

BySaibi Gi

KUCHING, 10 April: Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun Jugah, berhadapan Gala City, di sini pada tengah malam Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.40 tengah malam apabila sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun dari arah pusat bandar menuju ke Jalan Lapangan Terbang, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Kenderaan tersebut kemudiannya melanggar sebuah lagi kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun yang datang dari arah bertentangan bersama seorang penumpang perempuan berumur 14 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sejurus selepas kemalangan itu, sebuah lagi kenderaan yang datang dari arah jejambat Kenyalang dan dipandu seorang lelaki berumur 25 tahun melanggar kenderaan pertama yang berada di tengah jalan, serta pemandu dan penumpang dari kenderaan kedua yang cuba memberikan bantuan.

“Kenderaan ketiga itu turut hilang kawalan lalu terbabas ke arah kiri jalan dan melanggar sebuah kereta lain yang berhenti di bahu jalan untuk membantu mangsa. Kenderaan keempat itu dipandu oleh seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun,” jelas beliau.

Akibat kemalangan tersebut, dua individu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, iaitu pemandu kenderaan pertama dan pemandu kenderaan kedua.

Sementara itu, penumpang perempuan berusia 14 tahun dari kenderaan kedua mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Umum Sarawak.

Pemandu kenderaan ketiga dan keempat pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan cuai dan berbahaya.

Pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Amirul Azami Ahmad Rasol di talian 016-8593994 / 082-259900 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

“Polis juga menasihati para pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah serta mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua pihak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan