Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM menunjukkan buaya yang berjaya ditangkap di jalan utama Kampung Halud pada Rabu malam. Foto Jeehan Sahran (FB)

Buaya sesat di atas jalan Kampung Halud, Matu

MATU, 10 April: Seekor buaya sesat di atas jalan utama Kampung Halud menggemparkan penduduk sebelum berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Matu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Leftenan (PA) Jumaat Akasas berkata, kehadiran haiwan itu disedari salah seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada APM, pada jam 10.17 malam.

Katanya, seramai empat anggota digegaskan ke lokasi kejadian dan operasi menangkap buaya tersebut mengambil masa lebih 20 minit.

“Buaya yang dianggarkan berukuran dua meter ini bertindak agresif menyebabkan operasi menangkapnya agak mencabar.

“Pasukan kami menggunakan peralatan khas dan berjaya menundukkan haiwan tersebut tanpa sebarang kecederaan anggota operasi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, sebaik sahaja berjaya ditangkap, reptilia itu kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) untu tindakan lanjut.

Sehubungan itu, APM menasihatkan penduduk agar sentiasa peka terhadap kehadiran haiwan liar terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Haiwan ini mungkin tersesat apabila paras air sungai meningkat dan mendorongnya keluar ke kawasan penempatan penduduk,” katanya. – TVS

Tags: apm, Buaya, matu, sesat

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan