Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika berucap pada Program English Language Carnival (ELC) 2025 di SK Nanga Gayau, Debak. Foto TVS

BDDA diperuntuk RM3 juta bagi sedia kemudahan pendidikan di Bukit Saban

DEBAK, 10 April: Sejumlah RM3 juta diperuntukan kepada Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) untuk menyediakan kemudahan dan prasarana pendidikan terbaik meliputi kawasan Bukit Saban, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Timbalan Premier Sarawak merangkap ADUN Bukit Saban itu berkata kemudahan pendidikan amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang sangat kondusif dan selamat untuk pelajar menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Menurut beliau Kerajaan komited terhadap kecemerlangan pendidikan dengan menyediakan kemudahan-kemudahan diperlukan bagi tujuan itu.

“Daripada BDDA kita memperuntukkan sebanyak RM3 juta dariapda projek ekonomi untuk membantu sekolah-sekolah di kawasan Bukit Saban,” katanya pada pada Majlis Perasmian Penangguhan Program English Language Carnival (ELC) 2025 di Dewan Sri Gayau Dewan Sri Gayau Sekolah Kebangsaan Nanga Gayau, Debak hari ini.

Uggah mendedahkan lagi kerajaan turut meluluskan RM2.7 juta untuk membina jambatan menyeberangi kawasan berhampiran Sekolah Nanga Gayau.

Beliau dalam pada itu mahu agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyiapkan jambatan itu dalam tempoh enam bulan termasuk melaksana proses tender secepatnya pada bulan depan (Mei).

Selain itu kata Uggah sebanyak RM 300,000 turut diluluskan untuk membina jalan menuju ke sekolah terbabit dan peruntukan RM 900, 000 untuk membina dewan di hadapan sekolah baharu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan