Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China. Foto fail Bernama

BAC 2025: Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 April: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, selepas menundukkan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran pada pusingan kedua hari ini.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan masalah apabila menang straight set 21-17, 21-14 dalam tempoh 39 minit, sekali gus menebus kekecewaan tewas kepada lawan sama di suku akhir Terbuka Switzerland bulan lalu.

Pasangan suami isteri itu dijadual bertemu pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah–Felisha Pasaribu, yang menewaskan gandingan Taiwan, Chen Cheng Kuan–Hsun Yin Hui, 21-9, 21-7 bagi merebut tiket ke separuh akhir esok.

Sementara itu, hasrat satu lagi beregu campuran negara, Yap Roy King–Valeree Siow, untuk mengikut jejak langkah Soon Huat–Shevon tidak kesampaian apabila tunduk kepada pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa–Natsu Saito, 21-6, 21-16.

Turut menerima nasib sama ialah perseorangan lelaki dan wanita negara, Justin Hoh dan Goh Jin Wei, yang tersingkir di pusingan kedua.

Justin tunduk di tangan pemain nombor empat dunia dari Indonesia, Jonatan Christie, 13-21, 19-21 dalam masa 45 minit, manakala Jin Wei tewas kepada pemain Thailand, Supanida Katethong, 15-21, 16-21.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan