Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adun Opar, Billy Sujang ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Surat Pengesahan Penyertaan Projek Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (HAB) di kawasan Raya, Lundu di Lundu pada Khamis.

741 penduduk terima surat pengesahan tanah NCR di Lundu

LUNDU, 10 April: Seramai 741 orang penduduk menerima surat pengesahan penyertaan projek pembangunan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan Lundu.

ADUN Opar, Billy Sujang berkata para penerima terdiri daripada 121 orang penduduk di Kampung Kendaie dan 620 orang pula dari Kampung Selampit.

Katanya, selepas penyerahan surat pengesahan tersebut, urusan hak milik tanah akan dikendalikan Jabatan Tanah dan Survey untuk tindakan lanjut.

“Yang itu nanti dibawah Jabatan Tanah dan Survey dan mereka perlu memohon untuk mereka yang menerima lot masing-masing yang disahkan hari ini.

“Perkara itu sebetulnya memang akan diberi selepas tamat tempoh tapi mereka boleh buat lebih awal seperti yang SACRA buat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Penyerahan Surat Pengesahan Penyertaan Projek Pembangunan Tanah NCR Kawasan Raya, Lundu di Dewan Serbaguna Kampung Selampit di Lundu pada Khamis.

Surat pengesahan penyertaan projek dikeluarkan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) bagi mengesahkan Tanah Hak Adat (NCR) Bumiputera milik peserta yang telah menyertai projek pembangunan tanah NCR menjadi sumber rujukan para peserta serta waris-waris mereka pada masa hadapan.

Dengan pemberian surat pengesahan penyertaan tersebut ia dapat meningkatkan keyakinan pemilik tanah terhadap hak pemilikan tanah NCR yang menyertai projek Pembangunan Tanah HAB secara usahasama sebelum tanah-tanah tersebut di beri surat pemilikan tanah oleh pihak Jabatan dan Survei Sarawak.

Antara kandungan surat pengesahan penyertaan projek tersebut adalah butiran tanah NCR seperti Nama Pemilik Tanah, Nombor Lot, keluasan tanah, lokasi dan pelan sukatan dengan bacaan koordinat.

Bagi Projek Pembangunan Tanah NCR Kawasan Raya, Lundu, pemberian surat ini telah diberikan secara berperingkat semenjak tahun 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan