Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol merakam gambar kenangan semasa program UKAS Berambeh Raya 2025 di English Tea House Kuching pada Rabu. Foto TVS

UKAS transformasikan organisasi, tingkat kualiti perkhidmatan

KUCHING, 9 April: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) komited melakukan transformasi keseluruhan dalam pengurusan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan organisasi tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, terdapat beberapa bahagian dalam UKAS bakal mengalami perubahan termasuk membawa beberapa pakar dalam bidang-bidang tertentu.

Menurutnya lagi golongan profesional diperlukan untuk menganalisis isu-isu yang berlaku atau diumumkan bagi memastikan masyarakat mendapatkan maklumat yang lebih jelas selain meningkatkan kajian-kajian daripada UKAS.

“UKAS sekarang ini dalam proses penstrukturan kita memperkasakan beberapa bahagian Kita memperkasakan beberapa unit dalam ukas contohnya, mengukuhkan kajian-kajian di UKAS, kita mahu ada seorang yang tahu, yang pakar dalam ekonomi boleh bercakap, peka tentang apa yang berlaku.

“Ini termasuk pakar terhadap tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui Kita ada ruang untuk mereka jadi mereka ini mesti senantiasa kemaskini tentang apa yang berlaku berkaitan dengan hidrogen termasuklah ekonomi dan sebagainya, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi santai bersama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol semasa program UKAS Berambeh Raya 2025 di English Tea House Kuching pada Rabu.

Tambahnya, satu unit khas dalam bahagian kajian bagi pakar untuk komuniti Cina, Iban dan sebagainya akan turut ditambah bagi memastikan suara dan isu-isu tempatan lebih mudah difahami dan dikenalpasti.

Abdullah memberitahu pihaknya bakal mengadakan satu perjumpaan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan perkara ini dalam masa terdekat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan