Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan ketika berucap semasa program UKAS Berambeh Raya 2025 di English Tea House Kuching pada Rabu. Foto TVS

UKAS Berambeh Raya 2025 erat silaturahim pengamal media

KUCHING, 9 April: Program UKAS Berambeh Raya 2025 merupakan platform terbaik dalam merapatkan hubungan silaturahim antara Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), dengan warga pengamal media termasuk para Pegawai Perhubungan Awam dari agensi tempatan di negeri ini.

Pengarahnya, Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, program ini bukan sekadar satu sambutan perayaan ia nya juga ruang komunikasi yang santai dalam mengumpulkan kefahaman bersama tentang tugasan masing-masing.

“UKAS berambeh raya, bukan sekadar meraikan perayaan Aidilfitri tapi ia juga merupakan platform untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara UKAS dengan warga media termasuk pegawai Perhubungan awam di agensi-agensi yang ada di Sarawak.

“Saya percaya bahawa majlis ini sebagai satu platform mencipta ruang komunikasi yang lebih santai di antara semua dan mengumpulkan kefahaman bersama dengan peranan dan tanggungjawab UKAS dan warga media dalam penyampaian maklumat yang tepat, cepat dan sahih kepada masyarakat Sarawak, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa program UKAS Berambeh Raya 2025 di English Tea House Kuching pada Rabu.

Tambahnya lagi melalui acara ini dan program-program akan datang yang bakal dilaksanakan akan dapat meningkatkan lagi kerjasama dalam kalangan semua pihak dalam memberikan penyampaian maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan