Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Surau Hidayatullah, Ardiman Abu Bakar ketika ditemui TVS di sini, hari ini. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Surau Hidayatullah di Kampung Lereng Bukit bakal berwajah baharu

ByVanessa Enjop

MIRI, 9 April: Peruntukan khas bernilai RM50,000 yang disalurkan kepada Surau Hidayatullah di Kampung Lereng Bukit bakal mengubah wajah rumah ibadah berkenaan selepas ini.

Pengerusinya, Ardiman Abu Bakar menyifatkan kerja menaik taraf di bawah projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu bukan sahaja meningkatkan kemudahan untuk jemaah, tetapi juga memberi impak positif kepada komuniti Kampung Lereng Bukit secara keseluruhan.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dan ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Datuk Sebastian dan Premier Sarawak kerana memberi perhatian kepada surau kami. Setelah lebih tiga dekad beroperasi, surau ini memerlukan pembaharuan yang sangat mendesak, terutamanya dalam penyediaan ruang solat dan kemudahan lain,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini ruang solat di surau ini tidak mempunyai pembahagian yang jelas antara jemaah lelaki dan wanita. Kini, dengan adanya kemudahan solat terpisah untuk wanita dan lelaki serta tempat wuduk yang diasingkan mengikut jantina, jemaah dapat menikmati keselesaan yang lebih baik.

“Dulu, kami terpaksa berkongsi ruang solat antara lelaki dan wanita, namun kini, dengan pembaharuan ini, kami bersyukur kerana semuanya lebih teratur dan selesa. Tempat wuduk juga telah disediakan khas untuk wanita dan lelaki secara berasingan,” ujarnya.

Selain itu, pembaharuan lain yang diterima surau ini termasuklah kafe baharu yang lebih moden dan kemudahan dewan yang telah diperbaharui untuk kegunaan pelajar mengaji bahasa Arab.

“Insha-Allah, projek susulan sudah mendapat kelulusan dan kami berharap ia dapat dimulakan dalam masa terdekat. Ini adalah untuk memastikan surau ini terus berperanan sebagai pusat ibadah dan pembelajaran yang selesa dan berkualiti bagi penduduk di sini,” ujarnya.

Ardiman menyatakan bahawa sokongan yang diberikan oleh kerajaan Sarawak sangat bermakna bagi pihak surau dan komuniti Kampung Lereng Bukit. Beliau berharap projek ini dapat menjadi contoh kejayaan dalam usaha memajukan tempat ibadah untuk kepentingan masyarakat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan