Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol bercakap pada sesi sembang santai semasa Program UKAS Berambeh Raya 2025 di Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

Sarawak akan anjur persidangan media, sentuh peranan dan pengaruh AI

KUCHING, 9 April: Kerajaan Sarawak akan menganjurkan Persidangan Media Sarawak (SMeC) sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang bakal diadakan pada Jun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata tema utama persidangan itu bakal memberi tumpuan kepada perkembangan media terutama mengenai pengaruh kecerdasan buatan (AI).

“Program SMeC ini akan berlangsung satu setengah hari dan kita akan menjemput penceramah dari luar, sudah tentu tajuk utamanya mengenai media terutamanya pengaruh AI dalam pelbagai aspek.

“Pada masa sama ada juga yang mencadangkan kepada saya diadakan perbincangan mengenai peranan radio, kita tidak mahu radio sebagai platform media yang umpama ‘sunset kind of platform’,” katanya kepada pemberita selepas Program UKAS Berambeh Raya di sini hari ini.

Abdullah berkata peranan media tidak hanya tertumpu kepada wartawan tetapi juga melibatkan mereka yang bekerja di belakang tabir seperti editor.

“Kita mahu meraikan orang-orang kreatif di sebalik media sempena HAWANA peringkat negeri Sarawak ini.

“Walaupun kita bukan tuan rumah, kita akan kekalkan beberapa aspek HAWANA yang telah kita buat tahun lepas seperti Anugerah Penghargaan Premier Sarawak kepada beberapa wartawan negeri ini, veteran dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau HAWANA peringkat negeri Sarawak juga akan dimeriahkan dengan beberapa acara sukan untuk pengamal media melibatkan tiga zon iaitu Kuching, Sibu dan Miri.

Sambutan HAWANA tahun ini yang akan diadakan di ibu negara bakal menjadi platform untuk menghimpunkan organisasi media dari seluruh ASEAN bagi memperkukuhkan hubungan dan kerjasama, selain mengenal pasti cabaran terkini dalam industri media. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan