Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bersama Raden Sigit Witjaksono pada kunjungan hormat di Kuching, hari ini. Foto TVS

Pusat Pembelajaran Komuniti pererat hubungan Sarawak dan Indonesia

KUCHING, 9 Apr: Kerjasama erat antara Sarawak dan Indonesia akan dipereratkan lagi menerusi inisiatif berterusan Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) di wilayah ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, 16 CLC yang beroperasi di Sarawak ini, menyediakan akses pendidikan asas (sekolah rendah) bagi anak-anak pekerja ladang Indonesia yang menetap di Malaysia.

Fatimah menambah, inisiatif CLC ini perlu diteruskan memandangkan bilangan pekerja dan anak-anak Indonesia di negeri ini semakin meningkat terutama dalam sektor perladangan.

“Timbul isu bagaimana dengan pendidikan anak-anak ini. Jadi, kami di kementerian dari dulu lagi sangat berpegang teguh kepada kepentingan hak asasi kanak-kanak terutama hak bagi semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira apa jua latar-belakang kanak-kanak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa kunjungan hormat daripada Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono di kediaman rasminya di sini, hari ini.

Sementara itu, Raden berkata, CLC ini bukan sahaja memberi peluang pembelajaran kepada anak-anak warganegara Indonesia yang ada di Sarawak, malah ia akan mempertahankan hubungan baik menerusi ikatan yang dibina atas rasa hormat, kerjasama dan nilai-nilai rumpun yang sama.

“Akses pendidikan adalah hak bagi semua warga bangsa tanpa memandang bangsanya. Jadi kami amat sepakat dalam hal ini, dan tentunya ini akan menjadi salah satu acuan kami untuk terus berusaha dalam perkara yang melibatkan perkembangan CLC,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan