Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian selepas menyempurnakan sidang media Pelan Induk Kesihatan Awam 2050 di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto Febbright James (TVS)

Pelan Induk Kesihatan Awam Sarawak 2050, strategi sistem kesihatan komprehensif

ByFebbright James

KUCHING, 9 April: Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan kajian Pelan Induk Kesihatan Awam Sarawak 2050 sebagai penanda kepada strategi masa depan ke arah menangani jurang serta hasil kesihatan untuk rakyat negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian memaklumkan kajian ini dilaksanakan menerusi kolaboratif antara UNIMAS Holdings dan KPMG yang dilantik sebagai konsultan untuk memastikan pelan induk ini berjaya untuk menjamin sektor kesihatan dalam tempoh panjang di wilayah ini.

“Mereka akan mengumpul data dan menemu bual 7,000 orang bermula pertengahan April sehingga penghujung Julai. Dari sudut kerajaan negeri, hanya Kerajaan Sarawak sahaja yang melaksanakan kajian ini.

“Dalam perbincangan kami bersama kerajaan pusat dan dengan Kementerian Kesihatan, mereka tahu kami tidak hanya menuntut autonomi kesihatan tetapi kami juga mempunyai pelan seperti ini. Saya harap ini dapat memenuhi dua sudut asas di Sarawak iaitu pendidikan dan kesihatan.

“Ini adalah sebahagian daripada perancangan Sarawak jadi kita memerlukan kerjasama semua pihak untuk berkongsi pandangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelan Induk Kesihatan Awam 2050 di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Dr Sim menambah, strategi itu juga merupakan usaha ke arah ekuiti kesihatan yang membolehkan semua rakyat mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan.

“Tidak kisah anda miskin ataupun kaya, semua orang mesti mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan. Bukan semata-mata kamu kenal Dr. Sim baru boleh pergi ke pusat jantung. Pelbagai pemegang taruhn dan orang awam akan ditemubual sebab kita tidak mahu hanya doktor dan ahli farmasi sahaja yang memberi maklum balas.

“Saya harap menjelang tahun 2050 kita tidak lagi bercakap mengenai klinik daif sebab kalau kita masih bercakap mengenai klinik daif beerti kita hanya tidur sahaja dan tidak membuat apa-apa,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menurunkan kuasa Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) di Kementerian Kesihatan Persekutuan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak selaras dengan tuntutan kerajaan negeri terhadap perkhidmatan kesihatan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pada tahun lepas, semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di Kota Kinabalu pada 12 September, mereka setuju untuk Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS)  di bawah Sarawak.

“CKAPS pada dasarnya ialah semua hospital swasta berada di bawah Jabatan Kesihatan Sarawak dan bukannya perlu meminta kelulusan Kuala Lumpur. Kita selalu mendengar mereka (klinik swasta) ingin membuka klinik tetapi mesti menunggu kelulusan Kuala Lumpur,” tambahnya.

Objektif kajian ini adalah untuk mewujudkan satu pelan yang holsitik dan startegik merangkumi mencegah penyakit, mempromosikan kesihatan dan menambahbaik kesejahteraan Sarawak.

Sebagai sebahagian daripada kajian ini, konsultan akan melawat jabatan dan agensi kerajaan berkaitan, sektor swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan sektor kesihatan untuk mengumpul data dan berbincang.

Di samping itu, fokus penting kajian adalah untuk mengumpul input daripada komuniti mengenai perkhidmatan kesihatan dan penjagaan kesihatan di Sarawak.

Tinjauan penduduk akan dijalankan di seluruh negeri, meliputi semua 12 Bahagian dan 45 Daerah merangkumi tinjauan yang menyasarkan kumpulan yang terdedah dan mereka yang berkeperluan khas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan