Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ditawan scammer
Foto hiasan Envato

Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta ditipu sindiket pelaburan

ByBernama

KEPALA BATAS, 9 April: Seorang petugas sektor kesihatan mengalami kerugian lebih RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial menerima aduan daripada mangsa berusia 58 tahun itu pada Jumaat lepas.

“Mangsa mendakwa terperdaya dalam kes penipuan pelaburan dalam talian selepas melihat iklan pelaburan itu di aplikasi media sosial Facebook pada 10 pagi 20 Dis lepas.

“Mangsa yang berminat untuk menyertai pakej pelaburan yang ditawarkan itu telah membuat beberapa transaksi kemasukan wang ke dalam tujuh akaun bank yang berbeza, yang dijanjikan pulangan sebanyak 500 hingga 800 peratus daripada wang modal dilaburkan,” katanya dalam kenyataan.

Namun, beliau berkata sehingga kini mangsa belum menerima sebarang pulangan pelaburan sebelum bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu. Polis kini menjalankan siasatan kes tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu, kes penipuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan