SIBURAN, 9 April: Tindakan pantas pekerja CCK berjaya menyelamatkan Alpro Pharmacy Jalan Kuching- Serian di sini, terbakar pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.36 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian kebakaran melibatkan peralatan elektrik komputer pada bahagian kaunter kedai dan penghawa dingin di bahagian siling.
“Kebakaran tersebut dipadam oleh pekerja CCK menggunakan alat pemadam api sebelum merebak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kebakaran terbabit juga tidak melibatkan mangsa dan kecederaan.
“Anggota pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula untuk memadam kebakaran tersebut, setelah memastikan keadaan terkawal dan tiada lagi punca-punca api, anggota bomba bertolak balik ke balai,” katanya.-TVS