Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kawasan insiden kebakaran saluran paip gas ketika tinjauan fotoBernama di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, baru-baru ini. Foto fail Bernama

Letupan Putra Heights: PPS ditutup malam ini

SHAH ALAM, 9 April: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa insiden kebakaran letupan saluran gas di Putra Heights akan mula ditutup secara berperingkat malam ini selepas kediaman mereka disahkan selamat untuk didiami.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, PPS pertama yang akan ditutup adalah di Dewan Camelia pada 10 malam, manakala satu lagi PPS di Masjid Putra Heights dijangka ditamatkan operasinya hujung minggu ini.

“PPS di Masjid Putra Heights dijangka tutup pada akhir minggu ini berikutan penyerahan semula rumah kepada mangsa yang terlibat,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Dewan Annex, Shah Alam, pada Rabu.

Sementara itu Amirudin turut memaklumkan bahawa satu operasi pembersihan kawasan perumahan terjejas dijangka dijalankan hujung minggu ini dengan penyertaan sukarelawan daripada pelbagai agensi.

Beliau turut memaklumkan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor akan menyumbang RM1,000 kepada mangsa terlibat menerusi pemotongan gaji.

“Langkah itu turut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan menyumbang RM2,000 setiap seorang manakala penjawat awam gred 48 ke atas akan memberi sumbangan sebanyak RM50.

“Inisiatif ini adalah usaha untuk menunjukkan solidariti dan keprihatinan kepada mangsa.

“Keseluruhan sumbangan yang dikumpul melebihi RM500,000 dan akan disalurkan terus kepada Tabung Prihatin,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan