Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ashraff Chermi, lelaki bawah parol, dikehendaki polis selepas melarikan diri dari pengawasan. Foto Balai Polis Sentral Sibu

Lari dari pengawasan parol, polis cari Ashraff Chermi

SIBU, 9 April: Seorang lelaki yang sedang menjalani parol kini dikehendaki polis selepas melarikan diri dari pengawasan parol yang sah yang ditetapkan oleh Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Sibu.

Menurut kenyataan Balai Polis Sentral Sibu, Ashraff Chermi, 22, telah diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Bimbangan Secara Luar (PBSL) dari 24 Mac hingga 13 April 2025.

Namun, dia telah menghilangkan diri daripada pengawasan yang diberikan.

“Ashraff sebelum ini dipenjarakan di Pusat Penjara Sibu mulai 17 Disember 2024, sebelum dibebaskan dengan parol,” kata kenyataan itu hari ini.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Ashraff untuk segera menghubungi Balai Polis Sentral Sibu.

Orang ramai juga boleh menghubungi Timbalan Ketua Polis Balai, Sub-Inspektor Norrsita Umar di talian 016-3642667.

Polis turut mengingatkan orang ramai untuk tidak mendekati lelaki tersebut, tetapi segera melaporkan sebarang penemuan kepada pihak berkuasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan