Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan berjumlah RM46 juta akan disalurkan bagi melaksanakan kerja bina semula dan baik pulih rumah serta infrastruktur awam yang terjejas susulan letupan paip gas di Putra Heights. Foto fail Bernama.

KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam di Putra Heights

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 April: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi membaiki infrastruktur awam di kawasan kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya.

KPKT menerusi kenyataan hari ini memaklumkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan memberi bantuan penuh kepada kerajaan Selangor dalam gotong-royong pembersihan hujung minggu ini.

Selain itu, KPKT memaklumkan mereka memberi fokus utama kepada inisiatif pemulihan dan pembinaan semula rumah terjejas dalam kejadian berkenaan.

“Sehubungan itu, KPKT pada minggu lepas telah menubuhkan pasukan petugas khas terdiri daripada semua agensi di bawah kementerian khususnya agensi pelaksana iaitu Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan PR1MA.

“Pasukan tersebut turut menyiapkan pelan tindakan untuk membaik pulih dan membina semula rumah mangsa terjejas berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” menurut kenyataan itu.

KPKT memaklumkan pelan tindakan itu diserahkan kepada Perdana Menteri hari ini.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi, 1 April menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan