Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi bercakap dalam sidang media di Putrajaya di sini hari ini. Foto Afiq Johari (TVS).

Kerajaan putuskan keputusan berhubung tarif Trump Isnin depan

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 9 April: Kerajaan akan memutuskan keputusan pada Isnin depan berhubung tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan tarif timbal balik 24 peratus ke atas import dari Malaysia.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu akan diputuskan selepas Mesyuarat Khas Menteri Menteri Ekonomi ASEAN esok dan mesyuarat National Geoeconomic Command Center (NGCC) pada Isnin depan.

“Maka pada hari Isnin nanti, kita (kerajaan) akan buat beberapa keputusan sebelum meminta rombongan bagi tujuan diplomasi dan juga perbincangan perdagangan dengan ASEAN dihantar ke Washington DC.

”Tarikh tepat (rombongan delegasi) belum boleh saya sebut di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi memberitahu, satu perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ketua-ketua negara ASEAN berhubung keputusan berkenaan akan diadakan.

Fahmi menjelaskan, sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mengambil langkah proaktif dalam menangani pelbagai isu dan pandangan yang dihadapi oleh negara-negara anggota.

Untuk rekod, selain Malaysia, antara negara ASEAN yang terjejas ialah kemboja yang dikenakan tarif asas dan timbal balik sebanyak 49 peratus, Laos sebanyak 48 peratus, Vietnam dengan 46 peratus dan Myanmar 44 peratus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan