Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petarung Muay Thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo kembali ke Bangkok bagi menjalani latihan intensif sebagai persiapan menjelang pengumuman jadual pertarungan terbaharunya yang dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jojo kembali ke Bangkok, beri bayangan umum jadual pertarungan baharu

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 9 April: Bintang Muay Thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo kembali ke Bangkok bagi menjalani latihan intensif sebagai persiapan menjelang pengumuman jadual pertarungan terbaharunya yang dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jojo, 18, yang kini berlatih di Superbon Training Camp di bawah bimbingan jurulatih tersohor, Gae, memberi bayangan awal mengenai kemunculan semula beliau di pentas ONE Championship menerusi satu hantaran di media sosial.

“Meninggalkan rumah demi menggapai impian jadi kenyataan… Bangkok, aku datang.

“Berita pertarungan akan diumumkan tidak lama lagi. Malaysia boleh, insya-Allah. Ayuh!” katanya menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

Awal Januari lalu Jojo terpaksa akur apabila tewas kepada Johan Estupinan dari Colombia dalam aksi Flyweight ONE 170 yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok.

Jojo tewas dalam keputusan sebulat suara selepas tiga pusingan, sekali gus gagal mempertahankan rekod tanpa kalahnya sebelum ini.

Ia merupakan kekalahan kedua dalam karier profesionalnya selepas ditewaskan petarung Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat pada Jun 2024.

Untuk rekod Jojo mencatatkan enam kemenangan daripada lapan pertarungannya di pentas One Championship, sekali gus menjadikan petarung termuda yang ditandatangani itu antara bintang yang semakin meningkat naik di pentas sukan tempur antarabangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan