Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jakarta bersedia untuk menempatkan anak yatim piatu, mangsa yang cedera dan “mana-mana individu yang dipersetujui oleh kerajaan Palestin dan pihak berkaitan untuk dipindahkan ke Indonesia.” Foto fail AFP

Indonesia sedia beri perlindungan sementara kepada 1,000 rakyat Palestin – Presiden

ByBernama

JAKARTA, 9 April: Indonesia bersedia memberikan perlindungan sementara kepada 1,000 rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza khususnya mereka yang cedera dan anak yatim piatu, kata Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Rabu, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.

Portal berita The Jakarta Globe melaporkan bahawa Prabowo akan ke Timur Tengah untuk mengambil bahagian dalam rundingan berkaitan usaha penyelesaian krisis di Gaza.

Beliau memberitahu pemberita mengenai hasratnya untuk memindahkan penduduk dari Gaza sehingga keadaan di rantau itu kembali stabil. Prabowo berkata Indonesia bersedia menerima 1,000 orang pada peringkat pertama pemindahan.

Beliau berkata Jakarta bersedia untuk menempatkan anak yatim piatu, mangsa yang cedera dan “mana-mana individu yang dipersetujui oleh kerajaan Palestin dan pihak berkaitan untuk dipindahkan ke Indonesia.”

Indonesia merancang untuk menggunakan pesawat miliknya dalam proses pemindahan itu. Pada masa sama, Prabowo turut menetapkan beberapa syarat bagi pelaksanaan pemindahan berkenaan, termasuk “persetujuan semua pihak.”

“Mereka yang dipindahkan mungkin hanya akan tinggal di Indonesia buat sementara sehingga mereka pulih. Mereka mesti kembali ke tempat asal mereka sebaik sahaja keadaan di Gaza mengizinkan,” katanya.

Presiden Indonesia itu juga berkata bahawa Jakarta menerima banyak permintaan untuk mengambil bahagian dalam menyelesaikan krisis di Gaza dengan lebih aktif.

Pada 18 Mac lepas, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyambung semula serangan ke atas Gaza selepas hampir dua bulan keadaan agak tenang, memetik keengganan Hamas untuk menerima rancangan Amerika Syarikat untuk melanjutkan gencatan senjata bagi memastikan pembebasan baki tebusan. Gencatan senjata itu tamat pada 1 Mac. Sehari kemudian, Israel melarang bantuan kemanusiaan daripada memasuki Semenanjung Gaza. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan