Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan medalion Agensi Antidadah Kebangsaan kepada penerima selesai mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti bagi menangani Isu Dadah dan Substans di Kuching, hari ini. Foto TVS

Empat klien AADK terima medalion, bukti kejayaan pendekatan banteras salah guna dadah

KUCHING, 9 April: Penganugerahan medalion kepada empat klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak menjadi sebahagian daripada testimoni kepada keberkesanan pendekatan holistik yang diambil oleh Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) bagi menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) di Sarawak sejak 2018.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penganugerahan ini merupakan bukti kejayaan program pemulihan dan pencegahan yang dilaksanakan di negeri ini.

Beliau menambah, pihaknya menerusi OSC MIDS di 42 daerah di seluruh Sarawak, akan terus bekerjasama untuk memperkasa dan mengukuhkan lagi langkah pencegahan dalam tindakan membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah di wilayah ini.

“Ini adalah untuk mengiktiraf kejayaan mereka menjalani proses rehabilitasi dan bebas daripada penggunaan dadah dalam tempoh.

“Ini merupakan tindakan holistik kita untuk menangani isu dadah dan substans selain pendekatan lain termasuklah penguatkuasaan, intervensi dan pada masa yang sama, kita pastikan mereka yang terjebak menjalani proses rehabilitasi serta memantau mereka yang sudah pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti bagi menangani Isu Dadah dan Substans di sini, hari ini.

Fatimah pada masa yang sama menyatakan komitmennya bersama agensi-agensi antaranya termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak dan OSC MIDS untuk meneruskan usaha membanteras penyalahgunaan dadah dan substans di kesemua daerah di Sarawak, terutama tujuh daerah yang mencatatkan 11,408 kes tangkapan penggunaan dadah serta substans sehingga Disember 2024.

Tujuh daerah yang mencatatkan kes tangkapan tertinggi termasuklah Kuching yang merekodkan 3,280 kes, 626 kes di Samarahan, Sarikei mencatatkan 562 kes, 1,226 kes di Sibu, Bintulu merekodkan 927 kes, Miri pula mecatatkan 1,140 kes dan 505 kes di Limbang.

Meskipun demikian, program intervensi yang dijalankan ini mencatatkan impak positif di mana sehingga Disember 2024, seramai 6,268 individu tampil untuk menjalani proses rawatan dan pemulihan di seluruh Sarawak.

Untuk rekod, sehingga sejak 2018 hingga Disember 2024, KPWK memperuntukkan RM10.75 juta bagi membantu membanteras penyalahgunaan dadah di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan