Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Morshidi (tiga, kiri) bersama kakitangan MYSED dan JKR Sarawak melakukan tinjauan. Foto TVS

Bumbung Dewan Suarah Kuching bakal dinaik taraf segera

KUCHING, 9 April: Kerja-kerja penambahbaikan bumbung bagi Dewan Suarah Kuching bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu.

Perkara itu diambil kira menurutnya susulan ia tular di media sosial semalam selepas pemilik rumah berhampiran mendakwa beberapa atap dari bangunan itu jatuh dan berada dilaman rumahnya

Gerald mengakui dewan yang suatu masa dahulu pernah berfungsi sebagai dewan bagi majlis keramaian di Kuching kini perlu dinaik taraf namun begitu faktor cuaca antara menjadi kekangan kepada faktor berkenaan.

“Saya telah mengarahkan pasukan saya untuk melihat semula struktur atap itu dan sejak dari Pandemik Covid-19, kita mempunyai pelbagai isu melibatkan bangunan disini yang tidak diselengara, ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Kita akan menaiktaraf tempat ini (Dewan Suarah), kerana lokasianya ditengah bandar dimana ia boleh digunakan orang ramai, malangnya kejadian itu berlaku dan kita akan menghantar pasukan teknikal dari JKR untuk melihat tahap keselamatan di bangunan itu,” katanya lagi.

Setakat berita ini ditulis, tinjauan TVS di lokasi pada pagi tadi menemui sepasukan pegawai dari Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, diketuai Setiausaha Tetap, Morshidi Fredrick, Ketua Penolong Setiausaha Jenny Lee bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Aset Bangunan, JKR Sarawak Mohamad Haslan Abdul Khalik dan Pengurus Dewan Suarah Negeri, Kuching Hajibah Bujang melakukan tinjauan ke atas struktur dan keadaan bumbung bangunan tersebut.

Difahamkan kos penukaran bumbung jenis polycarbonate itu kepada bumbung besi akan bermula pada Julai ini melibatkan kos bernilai antara RM 200,000 hingga RM 300,000-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan