Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu utama lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani. Foto fail AFP

BAC 2025: Sze Fei-Nur Izzuddin mula langkah kanan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 April: Beregu utama lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China hari ini.

Pilihan pertama kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan gandingan Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-18 dan 21-16.

Sze Fei-Nur Izzuddin akan bertemu pemenang antara Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dari Thailand atau Jumar Al-Amin-Moajjam Hossain Ohidul dari Bangladesh pada perlawanan seterusnya.

Satu lagi pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut mara hasil kemenangan 21-14, 21-12 ke atas wakil Hong Kong Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi.

Mereka akan membuat perhitungan menentang satu lagi gandingan Hong Kong Hung Kuei Chun-Lui Chun Wai atau Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Taiwan.

Terdahulu, pemain perseorangan profesional wanita negara Goh Jin Wei turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Taiwan Sung Shuo Yun 21-16, 21-13 dalam tempoh 41 minit.

Menanti bekas juara remaja Asia itu pada pusingan kedua ialah pemain Thailand Supanida Katethong.

Seorang lagi pemain profesional wanita negara Wong Ling Ching yang membuat penampilan sulung pada kejohanan itu bagaimanapun terpaksa akur apabila terkandas pada pusingan pertama selepas tewas kepada wakil Indonesia Komang Ayu Cahya Dewi 17-21, 21-16, 17-21.

Perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao pula ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Taiwan Lin Chun Yi dengan kekalahan 11-21 dan 19-21. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan