Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pemerasan wang RM18,000 daripada seorang lelaki pada bulan lalu. Foto, TVS.

4 lelaki mengaku tidak bersalah peras RM18,000

GEORGE TOWN, 9 April: Empat lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pemerasan wang RM18,000 daripada seorang lelaki pada bulan lalu.

Tertuduh, P. Veeran, 36, S. Rohan Raj, 22, L. Yuvarajan, 21, dan S. Siva, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap lelaki berusia 50 tahun kononnya risiko ditangkap polis sebelum mendorong mangsa memberikan wang RM18,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah di Desa Air Mas, Jalan Helang, Gelugor di sini kira-kira pukul 12.30 pagi pada 21 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam R. Puran.

Mahkamah membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM7,000 sementara kes akan disebut semula 28 April depan.

Sementara itu, di kamar berasingan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi, tertuduh, Rohan Raj dan Veeran masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyamar polis di tempat dan waktu yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Rohan juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu memiliki senjata tiruan iaitu sepucuk pistol plastik di tempat dan waktu sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan