Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga emas OKU maut dalam kebakaran di rumahnya di Marang, Terengganu awal pagi tadi. Foto TVS

Warga emas OKU maut, tiga lagi cedera dalam kebakaran

ByTVS

MARANG, 8 April: Seorang wanita warga emas orang kurang upaya (OKU) mental maut manakala tiga ahli keluarganya yang juga OKU cedera dalam kebakaran rumah mereka di Taman Emas Murni, di sini.

Kebakaran pada jam 4 pagi itu meragut nyawa Razaidah Mohamad, 78, yang terperangkap di dalam bilik tidurnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marang, Che Mohd Badrul Isham Che Mohd Noor berkata, Razaidah 60 peratus rumah keluarga tersebut musnah.

“Anak mangsa Halimahtun Mat Zin, 49, yang juga OKU mental serta dua cucunya iaitu Nur Aisyah Najwa Abdull Adi, 23, OKU pembelajaran dan Muhammad Nur Hakim Andul Adi, 18, berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan penduduk setempat.

“Bomba menjalankan operasi dan mendapati mangsa berada di bilik belakang dan disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis,” Katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya lagi api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 5.57 pagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofian Redzuan mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Tiga mangsa yang cedera itu dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital yang sama untuk menerima rawatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan