Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Michael Tiang merakam gambar kenangan bersama Othman Abdullah dan Jamri Masran (kanan). Foto TVS

Sediakan kuota rumah mampu milik khas untuk anggota bomba

SIBU, 8 April: Sebuah projek perumahan mampu milik yang memperuntukkan kuota khas kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dicadang agar diwujudkan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, inisiatif tersebut merupakan penghargaan kepada anggota bomba yang telah banyak berbakti kepada masyarakat dan negara sekali gus membantu mereka memiliki kediaman sendiri yang selesa dan berpatutan.

“Saya secara rasmi telah berkongsi idea ini kepada pihak pengurusan JBPM Sarawak. Cadangan saya ialah untuk menyediakan perumahan mampu milik berhampiran kawasan ini dan saya akan memperuntukkan kuota tertentu kepada anggota bomba.

“Mereka telah berkhidmat dengan penuh komitmen dan kini menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kebajikan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri JBPM Sarawak 2025 di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, di sini malam tadi.

Tambah beliau, projek tersebut masih menunggu kelulusan daripada pihak Lembaga Pembangunan Sarawak (SDA) dan berharap ia akan dapat memberikan manfaat besar kepada anggota bomba di Sarawak.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan RM200,000 setiap tahun bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan di balai bomba seluruh negeri.

Dalam pada itu, Michael turut menzahirkan rasa bangga terhadap semangat perpaduan yang ditonjolkan rakyat negeri ini.

“Dari makanan hingga ke sambutan, kita dapat lihat bagaimana kepelbagaian budaya dan agama disatukan dalam suasana harmoni. Inilah kekuatan sebenar Sarawak, perpaduan dan saling hormat-menghormati,” ujarnya.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Othman Abdullah, Pengarah JBPM Sarawak Jamri Masran, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Clarence Ting Ing Horh serta komuniti setempat dalam suasana Aidilfitri yang penuh mesra dan muhibah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan