Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menghadiri majlis makan malam bersempena Kejohanan Kelayakan Akhir Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Bawah 14 Tahun Asia-Oceania 2025 di sini malam tadi. Foto TVS

Sarawak berhasrat jalin lebih banyak kerjasama anjur acara sukan antarabangsa

ByBernama

KUCHING, 8 April: Sarawak berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak sokongan dan kerjasama daripada badan sukan antarabangsa bagi menganjurkan acara sukan bertaraf dunia, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk menganjurkan pertandingan sukan sebagai komitmen ke arah menjadikan Sarawak sebagai kuasa besar sukan di Malaysia.

“Kami sedang berusaha untuk membawa lebih banyak acara sukan ke Sarawak. Kami berharap dapat sokongan seperti ini daripada Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF).

”Saya telah memaklumkan kepada Catherine Michie (wakil ITF) yang kami mahu menjadikan Sarawak kuasa besar sukan di Malaysia, memandangkan baru sahaja menganjurkan Sukan Malaysia 2024 dan akan bekerjasama menganjurkan Sukan SEA 2027,” katanya.

Kejohanan ITF World Junior Tennis cerminan perpaduan global

Abdul Karim berkata demikian pada majlis makan malam bersempena Kejohanan Kelayakan Akhir Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Bawah 14 Tahun Asia-Oceania 2025 di sini malam tadi.

Kejohanan itu akan berlangsung dari 31 Mac hingga 15 April, melibatkan 18 negara yang bersaing untuk merebut tempat ke Pusingan Akhir Tenis Remaja Dunia ITF. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan