Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ceramah mengenai pendidikan tinggi percuma menampilkan Profesor Madya Dr Tek Yew Lew dan Dr Samuel Adeyinka-Ojo.

Pustaka Negeri Sarawak Miri anjur ceramah pendidikan tinggi percuma pada 12 April

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 8 Apr: Pustaka Negeri Sarawak Miri dengan kerjasama Curtin University Malaysia bakal menganjurkan satu sesi ceramah komuniti bertajuk ‘Menuju Pendidikan Tinggi Percuma dan Lestari di Sarawak Menjelang Tahun 2026’ pada Sabtu ini.

Pustakawan Pustaka Negeri Sarawak Miri, Dorithy Dela Lawrence berkata ceramah ini bertujuan membuka ruang dialog terbuka kepada orang awam berkenaan pelaksanaan pendidikan tinggi percuma secara lestari di Sarawak.

“Ia memberi tumpuan kepada strategi, cabaran serta penyelesaian berpotensi yang boleh diterokai bagi merealisasikan akses pendidikan tinggi yang inklusif dan mampan untuk seluruh rakyat Sarawak.

“Inisiatif ini juga selaras dengan matlamat pembangunan Sarawak menjelang 2030 yang menekankan aspek kesejahteraan sosial melalui pendidikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sesi ceramah komuniti ini merupakan satu platform penting untuk masyarakat mendapatkan maklumat terkini.

Antara fokus utama ceramah ini termasuk meneroka pendekatan dan model pelaksanaan pendidikan tinggi percuma yang bersesuaian dengan konteks Sarawak sekali gus mengenal pasti cabaran dalam aspek pembiayaan, kualiti pengajaran dan kapasiti institusi pendidikan tinggi.

Perbincangan juga akan meneliti penyelesaian berasaskan data serta pengalaman antarabangsa yang relevan sambil menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam membentuk dasar pendidikan yang inklusif dan mampan.

Sesi ini akan menampilkan dua orang ahli panel dari Fakulti Perniagaan, Curtin University Malaysia iaitu Profesor Madya Dr Tek Yew Lew dan Dr Samuel Adeyinka-Ojo.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat boleh menghubungi Pustaka Negeri Sarawak Miri di talian 085-422 525 atau melalui media sosial rasmi mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan