Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan AFP

Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal tanpa perakuan

ByBernama

KOTA BHARU, 8 April: Seorang pemilik restoran mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mempamerkan logo halal tanpa perakuan atau kebenaran yang sah.

Lim Beng Kee, 48, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan itu pada 12.46 tengah hari 18 Nov 2024, di premis perniagaannya di Jalan Temenggong di sini.

Lelaki itu didakwa telah melanggar Perintah 4(1)(a) & (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dihukum mengikut Perintah 8(b) perintah sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammad Iman Masjuri menawarkan jaminan RM10,000, namun OKS yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana duitnya tidak mencukupi.

Hakim Zulkifli Abllah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Mei sebagai tarikh jatuh hukum.

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan