Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki cedera selepas kereta dinaiki melanggar pokok dalam kemalangan kendiri di Kampung Nauran, Limbang, malam tadi. Foto JBPM

Pemandu patah kaki, kereta langgar pokok

LIMBANG, 8 April: Dua lelaki cedera selepas kereta dinaiki melanggar pokok dalam kemalangan kendiri di Kampung Nauran di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 11.46 malam dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza telah terbabas melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Seramai dua orang mangsa terlibat iaitu seorang mangsa penumpang berusia 36 tahun cedera ringan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang lagi mangsa pemandu berusia 27 tahun yang mengalami patah kaki telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak perubatan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan seterusnya.

“Setelah memastikan keselamatan di lokasi kejadian dan keadaan terkawal, anggota bomba seterusnya berangkat balik ke balai,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan