Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar hadir Persidangan Pelabur ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini. Foto, Facebook Anwar Ibrahim.

Panduan Pendedahan ESG Dipermudahkan ASEAN bantu PKS hadapi cabaran global

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 8 April: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ASEAN dikesan tidak bersedia untuk bertindak balas terhadap cabaran pematuhan kepada piawaian kelestarian global, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu kata Perdana Menteri, Panduan Pendedahan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Dipermudah ASEAN bagi PKS dalam Rantaian Bekalan yang dilancarkan hari ini menawarkan jalan penyelesaian praktikal kepada PKS ke arah operasi yang lebih mampan dan telus.

“Inisiatif seperti ini yang konkrit dan berasas akan menentukan sama ada visi kita untuk ASEAN menjadi kenyataan atau hanyut menjadi nota kaki dalam sejarah.

“Pada masa-masa seperti ini, ada godaan untuk berundur ke dalam nostalgia atau fatalisme tetapi selama enam dekad, ASEAN telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran termasuk peperangan, jadi kita mesti utuh untuk membangunkan ekonomi rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya pada Persidangan Pelabur ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Sementara itu kata Anwar trajektori kecerdasan buatan (AI) sedang berkembang pantas kilat dan jika kemajuan digital yang tidak seimbang ini dibiarkan tanpa kawalan, ia berisiko memperdalam jurang yang sedia ada dan meningkatkan ketidaksamaan.

Oleh itu beliau berkata pelaburan dalam literasi digital, infrastruktur, pemerkasaan dan tadbir urus perlu bergerak seiring.

“Ekonomi digital adalah bidang yang menjanjikan prospek yang baik namun dalam masa yang sama membawa ketidaksamaan yang ketara dan walaupun transformasi digital di rantau ini sedang berjalan lancar, ia masih tidak sekata,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan