Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat (DOGE) Elon Musk secara peribadi meminta Presiden Donald Trump untuk mempertimbang semula tarif baharu AS. Foto media sosial

Musk secara peribadi minta Trump pertimbangkan semula tarif baharu

ByBernama

MOSCOW, 8 April: Ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat (DOGE) Elon Musk secara peribadi meminta Presiden Donald Trump untuk mempertimbang semula tarif baharu AS ke atas import dari beberapa negara, lapor Washington Post, memetik dua sumber, menurut Sputnik/RIA Novosti.

Penerbitan itu melaporkan, pada hujung minggu, apabila Musk menghantar mesej di media sosial yang mengkritik seorang daripada penasihat kanan Rumah Putih, pembantu perdagangan Peter Navarro, berhubung rancangan tarif agresif Trump, beliau secara peribadi bersemuka dengan presiden.

Percubaan itu bagaimanapun masih belum berjaya: Trump pada Isnin mengancam untuk meningkatkan tarif baharu sebanyak 50 peratus ke atas import dari China sebagai tambahan kepada apa yang diumumkan jika Beijing tidak menarik balik langkah balasnya, menurut akhbar itu.

Pada Ahad, Musk mengumumkan sokongannya untuk mewujudkan kawasan perdagangan bebas dengan EU, meskipun Presiden Trump sebelum ini mengenakan tarif perdagangan terhadap kesatuan itu.

Presiden AS menandatangani perintah eksekutif pada 2 April yang memperkenalkan tarif “timbal balik” ke atas import dari negara lain, menggelarnya sebagai “pembebasan”. Kadar minimum asas ialah 10 peratus dan 20 peratus untuk barangan dari Kesatuan Eropah. Presiden AS menjanjikan hasil belanjawan daripada tarif sebanyak US$6-US$7 trilion. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan