Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pacuan empat roda(4WD) yang dipandu wanita terbalik selepas dipercayai hilang kawalan di Bulatan Kanowit tengah hari tadi. Foto TVS

Kemalangan kedua kurang dua minggu di Bulatan Kanowit timbulkan kebimbangan keselamatan

KANOWIT, 8 April: Satu lagi kemalangan jalan raya berlaku di Bulatan Kanowit tengah hari tadi, menjadikan ia kejadian kedua dalam tempoh kurang dua minggu yang berlaku di lokasi sama.

Dalam insiden sekitar jam 12.30 tengah hari itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu seorang wanita berusia 33 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Bintulu ketika kejadian berlaku. Pemandu wanita terbabit hanya mengalami cedera ringan dalam kemalangan itu,” katanya.

Katanya, pemandu wanita itu telah di bawa oleh ambulans ke Hospital Kanowit untuk menerima rawatan lanjut.

Insiden hari ini mengulangi tragedi yang berlaku pada 30 Mac lalu, apabila Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Marutin Pagan, maut selepas kenderaan dinaikinya terlibat dalam kemalangan dua kenderaan di bulatan yang sama.

Dalam kejadian itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kematian Marutin bukan insiden pertama di lokasi berkenaan, dan siri kemalangan yang berlaku kebelakangan ini mengundang gesaan orang awam agar pihak berkuasa mempertimbangkan langkah-langkah keselamatan tambahan seperti pencahayaan lebih baik, papan tanda amaran serta penilaian semula reka bentuk bulatan tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan