Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada majlis makan malam sempena Pusingan Akhir Kelayakan Asia – Oceania 2025 Kejohanan ITF World Junior Tennis di Kuching, malam tadi. Foto TVS

Kejohanan ITF World Junior Tennis cerminan perpaduan global

ByTVS

KUCHING, 8 April: Penganjuran perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Asia – Oceania 2025 Kejohanan ITF World Junior Tennis bagi kategori bawah 14 tahun (lelaki dan perempuan) di sini merupakan satu cerminan perpaduan global melalui sukan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata sukan merupakan pengukuh hubungan antara negara yang kuat kerana kejohanan ini bukan berkisar tentang permainan tenis sahaja tetapi juga melibatkan persahabatan dalam persaingan.

“Kita sering memberi tumpuan kepada keputusan, markah dan trofi tetapi kejayaan sebenar seorang atlet bukan sahaja diukur dengan kemenangan, ia diukur dengan perwatakan, ketabahan dan keupayaan untuk mengharungi cabaran dengan keazaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Pusingan Akhir Kelayakan Asia – Oceania 2025 Kejohanan ITF World Junior Tennis di sini, malam tadi.

Tambahnya, semua pemain perlu mengambil peluang belajar daripada satu sama lain untuk berkembang sebagai atlet dan individu dalam membentuk masa depan sukan tenis di Asia dan seterusnya.

Abdul Karim pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada Persekutuan Tenis Antarabangsa yang yakin dengan keupayaan Persatuan Tenis Rumput Sarawak (SLTA).

Pusingan Akhir Kelayakan Asia – Oceania 2025 menyaksikan 18 negara bakal berentap bagi merebut tempat ke Peringkat Akhir ITF World Junior Tennis bagi kategori bawah 14 tahun.

Empat negara terbaik dari pusingan ini akan mara ke Peringkat Akhir ITF World Junior Tennis yang dijadualkan diadakan di Tenisovy Klub Prostejov, Czechia dari 4 hingga 9 Ogos depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan