Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran utama berjaya dikawal di Hadong, kira-kira 290 kilometer tenggara Seoul, menjelang 11 malam Isnin, dengan 99 peratus daripadanya berjaya dipadamkan, menurut Perkhidmatan Perhutanan Korea. Foto fail AFP

Kebakaran hutan di Hadong Korea Selatan berjaya dikawal pada hari kedua

ByBernama

HADONG (Korea Selatan), 8 April: Kebakaran hutan di daerah selatan Hadong, Korea Selatan, berjaya dikawal sebahagian besarnya pada Selasa, sehari selepas api kembali marak di wilayah yang dilanda kebakaran hutan terburuk dalam sejarah negara itu, bulan lepas.

Kebakaran utama berjaya dikawal di Hadong, kira-kira 290 kilometer tenggara Seoul, menjelang 11 malam Isnin, dengan 99 peratus daripadanya berjaya dipadamkan, menurut Perkhidmatan Perhutanan Korea.

Perkhidmatan perhutanan mengeluarkan tahap tindak balas kebakaran Tahap 2 dan mengerahkan 36 helikopter serta anggota lain untuk memadamkan kebakaran itu, tetapi gagal mengawal api besar sebelum matahari terbenam.

Sejak itu, pihak berkuasa mengerahkan 72 unit peralatan dan 753 anggota untuk meneruskan operasi memadamkan kebakaran sepanjang malam.

Perkhidmatan perhutanan merancang untuk mengerahkan helikopter ke lokasi kejadian sekali lagi selepas matahari terbit.

Sementara itu, 506 penduduk yang terjejas akibat kebakaran telah dipindahkan ke sekolah berdekatan sebagai langkah keselamatan, kata pegawai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan