Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norizan Yahya pada sidang media bagi mengumumkan rampasan rokok dan minuman keras di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Kastam Sarawak rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta

KUCHING, 8 April: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya mematahkan percubaan penyeludupan serta penjualan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta menerusi tiga serbuan yang dijalankan di tiga lokasi berbeza di sini, pada 25 Februari 2025.

Pengarah JKDM Sarawak, Norizan Yahya berkata, hasil pemeriksaan serta sitaan yang dijalankan oleh sepasukan pegawai penguatkuasaan JKDM di dua lokasi berbeza di Batu 9, Jalan Penrissen dan Taman Malihah, Matang antara jam 9.00 hingga 10.40 pagi, pihaknya telah menyita rokok dan minuman keras bernilai RM1.2 juta.

“Hasil pemeriksaan di kedua-kedua lokasi, pasukan telah sejumlah 452,260 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama yang tidak mempunyai setem cukai selain 20,508.19 liter minuman keras yang disyaki sebagai barangan tidak berkastam telah disimpan di dalam kedua-dua premis tersebut,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, JKDM Sarawak turut menyita 2,775.26 liter minuman keras bernilai dalam anggaran RM407,673.12 yang disyaki sebagai barangan tidak berkastam di sebuah premis di Batu Kawa sekitar jam 9.45 pagi pada hari yang sama.

“Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Norizan turut menyeru agar orang ramai tampil dan melaporkan sebarang aktiviti penyeludupan termasuk rokok, minuman keras, mercun, dadah serta kenderaan kepada JKDM dan memberi jaminan akan sentiasa melindungi kerahsiaan identiti pemberi maklumat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan