Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mohd Chee Kadir menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima. - Foto Pusat Khidmat DUN N40 Kabong

Kabong terajui kelulusan projek Sejati Madani, lebih RM8.3 juta disalurkan kepada 85 JKKK

KABONG, 8 April: Daerah Kabong terus mencatat pencapaian membanggakan apabila menjadi antara daerah tertinggi menerima kelulusan di bawah inisiatif Projek Sejati Madani, dengan keseluruhan sebanyak 85 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berjaya memperoleh geran bernilai lebih RM8.3 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, pelaksanaan projek itu merangkumi pelbagai bidang yang dirancang untuk memperkasakan ekonomi komuniti setempat serta memperluas peluang keusahawanan di kawasan luar bandar.

Antaranya, projek lembu dan kambing fidlot di bawah Bidang Pertanian dan Ternakan membabitkan 44 JKKK, menjadikannya kategori tertinggi menerima kelulusan.

“Projek di bawah Bidang Pertanian dan Pengangkutan seperti penyewaan trak pikap dan van melibatkan 15 JKKK, manakala 10 JKKK lagi menjalankan projek gabungan pertanian dan pengangkutan lain.

“Begitu juga projek penyewaan kanopi dan PA System dalam Bidang Pengurusan Acara turut mendapat sambutan dengan penglibatan 10 JKKK. Projek pelbagai yang melibatkan peruncitan, ternakan ikan air tawar, fertigasi halia dan kraftangan pula melibatkan tiga JKKK,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Projek Sejati Madani Daerah Kabong 2025 di Pejabat Daerah Kabong hari ini.

Menurutnya, inisiatif itu bukan sahaja menyuntik semangat keusahawanan dalam kalangan penduduk luar bandar, malah turut membantu memperkukuh daya saing ekonomi setempat sejajar dengan matlamat Malaysia Madani.

Dengan kejayaan itu katanya, Kabong dilihat berpotensi untuk menjadi model kepada daerah-daerah lain dalam pelaksanaan projek berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat akar umbi.

Hadir sama, ADUN Krian, Friday Belik, Pegawai Daerah Kabong Tahir Sharee Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) dan jemputan lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan