Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan anaknya, Dayang Norjihan Abang Johari berkunjung raya ke rumah Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohamed di Jalan Bako, hari ini

JHS rancang warta dua juta hektar lagi hutan simpan pada masa akan datang

ByAsmah Adenan

KUCHING, 8 April: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) kini sedang dalam proses untuk mewartakan dua juta hektar hutan simpan pada masa akan datang.

Pengarahnya, Datu Hamden Mohamed berkata, pihaknya mensasarkan enam juta hektar untuk diwartakan sebagai hutan simpan kekal manakala satu juta hektar bagi kawasan ‘Totally Protected Area‘ (TPA).

“Untuk di kawasan yang dilindungi (TPA) kita dah capai 900,000 dah jadi sekarang kita mencari 100,000 lagi untuk kita jadikannya satu juta hektar.

“Bagi hutan simpan kita masih ada lagi dua juta hektar yang masih dalam proses. Kita sedang mencari kawasan-kawasan yang boleh kita gazetkan dan ia memakan masa yang agak panjang sedikit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Jalan Bako, hari ini.

Kata Hamden, JHS akan terlebih dahulu membuat rundingan dengan pihak masyarakat di kawasan tersebut sebelum mengazetkannya.

“Kita tidak akan melaksanakan sesuatu pewartaan ini jika ada pertikaian, bantahan dan sebagainya. Kita kena selesaikan terlebih dahulu melalui proses-proses perundangan yang kita ada,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan