Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohamed ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Jalan Bako, hari ini. Foto TVS

JHS pelajari penggunaan teknologi terkini di Jepun

ByAsmah Adenan

KUCHING, 8 April: Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Institut Kajian Alam Sekitar Negara (NIES) Jepun baru-baru ini bertujuan mempelajari serta mengukuhkan pengurusan hutan di Sarawak menerusi teknologi-teknologi terkini.

Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohamed berkata, Sarawak antara negeri yang mempunyai kawasan hutan yang besar dan luas iaitu 7.62 juta hektar dan ia sangat sukar untuk dipantau.

“Kerajaan Sarawak menitikberatkan penggunaan teknologi yang terkini dan maju untuk kita gunakan bagi memantau keadaan hutan kita supaya terjaga. Selain itu, kita juga melaksanakan banyak penyelidikan-penyelidikan dari segi teknologi untuk kita pastikan hutan kita sentiasa terjaga.

“Tahun lepas, kita telah bekerjasama dengan NIES Jepun bagi melihat sendiri penggunaan teknologi di sana yang kita boleh gunakan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Jalan Bako, hari ini.

Mengambil contoh Tsukuba, Jepun, kata Hamden, mereka mempunyai teknologi yang sangat canggih di mana mereka boleh memantau keadaaan di udara dan langit.

“Mereka boleh memantau keadaan di muka bumi ini apa yang berlaku dari segi perubahan iklim dan begitu juga dengan bencana alam seperti tsunami ataupun pergerakan gempa bumi. Sebelum berlaku mereka dah tahu, itu yang teknologi-teknologi yang kita cuba lihat dan hendak hadapkan di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, kata Hamden lagi, beliau akan mengetuai delegasi ke Institut Kajian Alam Sekitar Negara (NIES) Jepun selama satu minggu bermula 21-27 April depan.

Katanya, tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai MoU kerjasama yang telah dilaksanakan bersama pihak NIES sebelum ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan