Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot tunda yang ditahan Maritim Malaysia kerana gagal mempamerkan lesen. Foto Maritim Malaysia

Gagal pamer lesen, bot tunda ditahan di perairan Bintulu

BINTULU, 8 April: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda di kedudukan lima batu nautika barat laut Kuala Kemena pada sekitar pukul 12.10 tengah hari ini.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam Operasi Khas Pagar Laut 1/2025, OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot tunda berwarna putih yang sedang belayar.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bot tunda tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda warga Myanmar dan seorang kru warga India.

“Kedua-dua mereka masing-masing berusia 28 tahun dan 27 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, bot tunda tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Lembaga Perlesenan Perkapalan Dalam Negeri 1981 iaitu Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL) yang sah tidak disimpan di atas kapal.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman kompaun RM5,000.

“Bot tunda berserta dokumen telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan