Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dialog ASEAN-Trump akan diadakan – PM Anwar

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 8 April: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata satu rombongan rasmi ASEAN akan dihantar ke Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan kadar tarif timbal balik baharu yang dikenakan oleh negara itu kepada rantau ini.

Ujar Perdana Menteri walaupun sudah terlambat untuk mengubah keputusan Presiden Donald Trump namun ASEAN percaya masih ada ruang untuk menyelaraskan pelaksanaan polisi tersebut.

Kata beliau, Malaysia seperti kebiasaan akan menyesuaikan diri dengan perubahan berkenaan seperti sebelum ini namun mahu kekal sebagai rakan dagang AS.

“Tetapi kita tidak akan hanyut dibawa arus. Sebaliknya, kita akan terus membangunkan ekonomi rantau ini dengan pelaburan dan perdagangan antara negara-negara ASEAN,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pelabur ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Tambah beliau selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memfokuskan pembangunan semua platform strategik termasuk ASEAN Campur Tiga (APT) serta Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi mengukuhkan lagi ekonomi serantau.

“Walaupun JS-SEZ itu tidak cukup untuk menjana ekonomi ASEAN, tetapi saya percaya ia merupakan contoh terbaik kerjasama yang dibangunkan atas dasar kepercayaan antara satu sama lain serta kemahuan untuk membangunkan ekonomi.

“Oleh itu, saya ingin menyatakan keterbukaan untuk melabur di kawasan bersempadan dengan Malaysia termasuk Thailand, Indonesia dan Brunei yang boleh memberi impak langsung kepada negara seperti Filipina,” katanya.

Sementara itu Anwar memberitahu, jumlah keseluruhan dagangan barangan rantau ASEAN telah menjana pendapatan sebanyak USD 3.5 trilion.

“(Namun) amaun ini tidak terjamin kerana tarif mengejut yang dikenakan kepada seluruh dunia.

“Tindakan Trump adalah satu langkah kebelakang terhadap multilateralisme dan bukanlah kali pertama ASEAN berdepan dengan cabaran seperti ini,” katanya. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan