Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri TVS di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Bangunan baharu menempatkan ibu pejabat TVS disasar siap pada 2027

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 8 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyasarkan bangunan baharu yang menempatkan ibu pejabat TV Sarawak (TVS) disiapkan pada tahun 2027.

Menurutnya, bangunan yang akan dibina berdekatan Bangunan Baitulmakmur di Petra Jaya itu antara lain berperanan penting dalam memastikan kelancaran penyiaran dan liputan Sukan SEA 2027 susulan Sarawak dipilih sebagai tuan rumah bersama.

“Kita (Sarawak) akan menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027 dan sudah tentu TVS akan menjadi rakan penyiar yang melaporkan acara-acara yang ada di Sarawak.

“Sebab itulah kita mengharapkan bangunan tersebut siap dengan studio dan kelengkapan lain agar kita boleh lakukan siaran langsung kepada negara-negara yang bertanding kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri TVS 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata inisiatif TVS melebarkan sayap ke wilayah utara Sarawak serta Semenanjung Malaysia telah meletakkan nama  sebaris dengan stesen penyiaran yang lain di persada penyiaran kebangsaan.

Ia sekali gus membuktikan komitmen TVS dalam memaparkan perkembangan semasa bukan hanya di Sarawak, bahkan seluruh negara.

“Saya difahamkan penerimaan daripada penonton-penonton di Semenanjung Malaysia tidak kurang hebatnya.

“Dari sudut berita yang dipaparkan, kita tidak hanya merangkumi Sarawak, kita juga mendedahkan ataupun melaporkan berita-berita di Semenanjung Malaysia.

“Kita juga boleh menonton TVS melalui platform YouTube walaupun kita melawat ke luar negara. Apa yang berlaku kepada anda di sini saya boleh tahu walaupun jauh dari Sarawak,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, selepas lima tahun penubuhannya, TVS kini mempunyai tiga pejabat termasuk dua pejabat cawangan iaitu di Miri dan di Kuala Lumpur serta ibu pejabat di Kuching.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan